-->
SALAM UKHWAH !


hey !

ASSALAMUALAIKUM ..WE'RE NOT PERFECT HUMAN , BUT BE A MOST PERFECTLY JUST FOR YOURSELF ! AHLAN WASAHLAN TO ALL OF READERS !

semua ciptaan Allah didunia ini tidak sempurna , cuba untuk jadi yang sempurna hanya pada diri sendiri .

Saturday, 8 February 2014

SEMUANYA REZEKI DARI ALLAH

                                ASSALAMUALAIKUM :)

pagi yang hening bersama angin yang sepoi bahasa singgah ditubuhku seperti ingin sampaikan sesuatu . aicehh ,hahha ,bermadah pujangga pulak aku pagi2 ni :) actually,blog aku ni dah bersarang dah ! almaklomlahh , dah setahun aku rasa tak bukak !haha ! so,dah bolehh bukak ada peluang tak unyuk aku share  sesuatu ni ngn korang ?? hehe ! 

apa yang aku nak share ni tak best pon , tapi ,benda ni aku akan create dia jadikan :THE BEST MOMMENT IN MY LIFEEE , FUTUREE AND SO ON !semuanya pasal result stam :)

first of all , 30 january 2014  , adalah hari penting dan hari bersejarah dalam hidup aku :)waktu tu keputusan stam dah nak keluar dah ! aku nak cakap yang aku fikir aku lambat sampai sekolah ,rupenya ,tak ! result belum umum lagi .aku ngn ibu,adik2,my bff aisyah nadhirah dduk k belakang sekali ,tapi sebelum tu , sebelum kiteorng nak masuk dewan bertembung dengn ustaz md Lani (ohhh ustaz ! rinduu ustaz) haha ! nak hilangkan nervous yang teramat punye pasal ! then BFF aku yang lain ade yang dah sampi ,zulaiha,halimah,najha,aku pon duduk belakang diaorang (aku tengok diaorang tengah nervous sambil pegang memegang tangn,ouuhh sweet ) hee . aku pulak ?? nak hold tangan sape ? ouh ,aku lupa ibu kan ada .hee .sayaangg ibu !(iklan jap)
 
then,result STAM dah umum ! oh Lord ! im redha ! masa tu jantung macam nak tercabut bila pengarah jaim sendiri yang umumkan result STAM . nak tahu reslt STAM tahun ni ?? jomm !

4 ORANG MUMTAZ , 7 ORANG JAYYID JIDDAN , 20 ORANG JAYYID , 2ORANG MAQBUL

masa tu aku terus terfikir , aku tergolong tak antara yang lulus ni semuaa ?? ya Allah ! rabbi yassir walatuassir yakarim :) lepas dah tengok yang dapat mumtaz ni bergamber semua ,kiteorang semua kena pergi belakang nak amik result ! ouuhhh ! tidakkkk !! rasa mcm tak nak ambil jee ! tapi nak tak nak memang kena ambil la kan , : pika naser !! tahniahh !! kau dpt jayyid ???untunggnyee !:mse tu dia orng pertama yang berani ambil result dulu ! haha ! tabik sama kau pika ! lepastu , ramai dah ambil ,aku terdengar ustaz md Lani panggil nama aku !!! (yaAllah ,nme aku ke tu ?? ) masa tu aku tawakkal je pada Allah sambil aku menuju pada ustaz nak ambil slip ,ustaz cakap (HAZIQAH ! TAHNIAHH !) yaAllah! bagai aku tak angka apa yang Allah bagi ! masa tu aku terus nak pergi kat ibu ,tiba2 kawan2 aku semua sekat aku ! haha ! (apelahh korang ni spoil betull ,baru nak nangis korang buat lawakk )haha ! kawan2 aku semua tengok result aku ,yelaa walaupum tak dapat mumtaz or jayyid jiddan tp aku bersyukur yang teramat aku dapat pangkat JAYYID ! :)  (tahniahh ! ziqa !) kawan2 aku ucap tahniah kt aku ,tapii akuu fikir ibu aku jee time tu ! haha ! 


haha ! sebenarnye aku maluu sikit sebab aku menangis kat ibu aku !yelaa ,ukan apa sebab selama aku peksa kat skolah ni tak pernahh aku lulus ! haha ! memanjang jee dpt R ! faham2 jelaa R tu ape .hehe Alhamdulillah ! bersyujur sangtttt ! sebab stam ni bukan senangg ! aku pernah cakap kat ibu ayah aku yang aku dah tak nak truskan stam sbb susahhh sangatt ! tapi ,ibu cakap truskan je sampai habis , mne tahu kan .hurmm baiklahh ibu ! aku tau sebab redha Allah trletak pada redha ibu ayah kan !aku tak de gmbr nak compose kat blog ni . haha .

the lastt ,apa yang Allah bagi itu semua rezeki dari dia ! bukan kekal lama ponn . kita kejar dunia untuk akhirat yang kekaal abadii :) aku pernah belajar masa darjah enam dulu pepatah arab  : tuntutlah ilmu walau kenegara cina :
kepada sahabat2 yang dah berjaya tahniahh ! kepada yang kurang berjaya pon tahniahh sebab korang dah beljar ilmu agama ni !cuma bukan rezeki kan . jangann risauu okeyy . Allah is the best planner , dia bagi atas apa yang dah kita usahakan dan apa yang kita tawakal ! mungkin rezeki kat tempat lain ,kan ?? okeyylahh , dah penat jari ni bernari2 atas keybord !haha ! 


BERSYUKUR WALAU IA SEDIKIT :)




Posted by ieqa at 16:42 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 2 June 2013

TIDAK LUPUT DI INGATAN ! (STAM)

                       ASSALAMUALAIKUM ..

FIRST OF ALL ..zieqa nak ucapkan good luck pada semua teman-teman seperjuangan zieqa yang akan keluar dari STAM .
huh ! siapa kata hati tak sedih hah !? seriously , lepas balik je zieqa dari pahang selama 3 hari ,macam2 posted kt group ..semuanya psal nk keluar stam !!! rasanya mcam singkat sangAT MASA ! 

kepada ..zulaikah , hanzolah , syazwan , azizi , ummil , ainol azhar,diyana  dan kepada semua yang akan dan dah pun keluar dari STAM , jangan lupakan KAMI disini ye .. hanya hati yang mampu menangis ..           


                         PESANAN IKHLAS !!

  • dengar ni ! first sekali ..korang jangan lupa niat masing2 ye ..niat kerana ALLAH tau ! 
  • lepas tu , jaga iman kat sana nanti ! nanti korang akan jumpa mcam2 orang ,,jadi cari kawan yang betul ye !
  • dan ......jangan pernah lupa ukhwah yang pernah kita sama2 jalinkan sejak mula2 masuk stam tau ! 
  • kitaorang takkan lupakan jasa korang yg bnyk membantu dalam plajaran !
okeyy ..jaga diri ye..selamat jalan !





                sahabat..mungkin kita tidak dapat bersama kita kamu semua suksess , tapi mungkin kita bersama ketika kita sama-sama jatuh dan bangkit bersama !
 sahabat ..bukan hanya berada disamping kita , tetapi kekal lama dihati kita .





 jangan memandang rendah tentang persahabatan ,kerana dalam hidup ini kita tidak akan mampu melangkah seorang diri demi sahabat !
"People never know how special someone is until they leave, but maybe sometimes its important to leave, so they are given that chance to see how special that someone really is!"

            "Friendship is like a violin; the music may stop now and then, but the strings will last forever.

                                                         -mumtazstam-

Posted by ieqa at 06:23 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 14 April 2013

PILIH JODOH BERTUDUNG ATAU MENUTUP AURAT ?


"Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung!"
"Haa? Kenapa?"
"Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki.
Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.

Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59] 
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudung pun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
"Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet! Hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah SAW menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat di khalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

"Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milih pun tiada guna."
Ya.. jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hamba-Nya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26] 
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
Posted by ieqa at 01:42 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 29 March 2013

                                       ASSALAMUALAIKUM 

now , time showing me >>>12:50 AM !! sorry , saya masih tidak mengantuk :) itu sebab saya ambil keputusan untuk update blog tengah malam mcam ni :) how sweet gitulahh .hurmm .sebenarnya aku baru je habis menghafal ! sekarang ni kitaorang semua dikehendaki untuk habiskan surah al-fatir naik cuti ni ! so , untazah syahidah akan tasmik seorang demi seorang ! hee :) besnyee ~ anyway , aku tak hafal lagi :) huihui .aik ? kenapa kau suka sangat kau tak hafal HAZIQAH ??! you know what ?? habiskan naik cuti ni lahh ! 
TAPI ,!!tadi aku sahut cabaran ustazah syahidah ! dia mintak kiteorang cuba buat dekat rumah cuti ni 1 jam satu muka :) ..alhamdulillah ..aku cuba sahut cabaran tu ..dan akhirnya , aku boleh hafal dalam 1 jam satu muka !!:) ermm ,,sebenarnya , kalau nak ikut kan budak tahfiz lagi hebat menghafal ..mungkin diaorang 15 minit dah habis 2 muka ! see ? hebatkan ..semua orang ada kelebihan mereka sendiri ..why not ada sahaja manusia yang masih tak nak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi walaupun benda tu sedekit  ?? kadang kita sendiri tertipu dengan dunia , yess , khidauddunya ( kata ustaz md lani) .jangan risau ,insyaAllah ..walaupun kita selalu tengok orang lain dapat lebih , sedangkan kita selalu dapat yang kurang je ..kenapa ? pernah fikir tak ? that why ,kadang manusia yang dpat lebih tu dia lalai ,berbanding manusia yang selalu dapat kekurangan dia akan rasa cukup :) itu namanya orang yang bersyukur dengan nikmat Allah :) jangan sedih jugak Allah mungkin tak nak bagi kita sekarang ,tapi rezeki Allah tu datang pada kita tepat waktunya dan tepat disaat kita benar2 memerlukan :) okeyy ? ..errr..macam nak bagi tazkirah je . huihui ..never mind ! syukran kasir kepada yang sentiasa setia dengan blog saya :) okeyy,samapi disini sahaja yang ingin saya coretkan pada malam ni ..tak de idea pon .hee .kbye :)
Posted by ieqa at 10:10 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 27 March 2013

  ASSALMUALIKUM ..

first of all , memang dah lama sangat2 tak update blog :) haha . malas nak update sebab tak tahu nak create apa nanti .hueww :p okeyy lahh,result SPM dah pun keluar .ermm that is not our real key to the F.U.T.U.R.E !! kenapa pula ? ye , sebab if banyak mana pun A kte dapat dalam SPM tak brmaksud dia akan berjaya sampai bila-bila , yang nak saya nyatakan dekat sini sebenarnya depands on ourself ! yela .. manalah tahu ada yang dah berjaya dalam SPM tu mungkin mereka segelintirnya yang dah tak pandang jauh ..ada yang terus-trusan belajar sampai sukses , kan ?okeyy,aku nak mengaku kat sini yang result spm aku biasa2 sahaja ..at lease aku dpat smua credit . alhamdulillah :)...mungkin bukan rezeki aku ..rezeki Allah tu kan luas seluasnya :)

                                    STAM :)

what to call ?? STAM ! ouhh , yee STAM :) hee ..actually , dalam fikiran aku hanya fikir patutkah aku teruskan STAM ..btw , ibu dan ayah aku galakkan aku teruskan stam ! ye , i admitted sebelum aku amik stam ,aku fikir mcm ni "takpelaa , aku try amik stam ni dan aku kne tngok jgk pada upp1 aku ,,if mcm kurang okeyy , aku stop stam ! tpi kalau tak aku tk tahu nak teruskan ke tak nak " lepas je tadi jam 8 setengah malam sampai pukul 11 malam ,I use myfull time to listen the TAKLIMAT abaout UNIFIELD TECHNOLOGY COLLEGE .! REALLY INTERESTED ! so , sekarang ni , insyaAllah , aku akan habiskan stam dan lepas dari tu andai kata aku tak dpt mana2 U(aku dapat rsakan yg aku tak dapat pon :( )its ok  sebab aku akan sambung untuk semester3 dekat UTC -DIPLOMA SYARIAH ISLAM -
setahun setengah ,insyaAllah jugak , ada rezeki aku dapat habiskan setahun setengah diploma tu , aku terus sambung ijazah :) Aku harap sangat mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan aku .aminn .

                               SAHABAT SEPERJUANGANKU !!

yes , that one yg aku tak sanggup nak hadapi ! :( ...aku yakin sngat mejoriti kawan-kawan aku akan keluar dari stam , habis tu aku ?? sampainye hati korang tinggalkan aku :(( aku jujurlahh , aku memang tak bolehh nak ngam dgan orang lain selain korang !! seriously , aku nak kita sam-sama teruskan STAM ,!! tapi , aku tahu kwn2 aku semua pandai2 ..tak macam aku ni , that why aku pilih stam sebab tu terbaik untuk aku ! aku kena redha jugak kalau korang tinggalakn aku kt smasra tu .aku cuba untuk terima semua takdir Allah sebab aku tahu perpisahan kita tak lain dan tak bukan hanya kerana takdir Allah yang terbaik pada kita semua  :(
aniqa najha , ummil atiqah,sarah hajar , diyana , nadhirah , faathirah , ecah khan , syera azmi , munirah roslan ,nabilah dan aku !!aku tak boleh kalau
 korang tak de dekat dengan aku ! kerana korang juga kita sama-sama berjaya !!


kawan2 , aku sayang korang semua .! tanpa korang jugak tak mungkin aku belajar sampai tahap ini ! im still need you all as my inspiration for my future ! ...
Posted by ieqa at 10:23 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 8 July 2012

PERKAHWINAN CIK CINDERELLA !


"Opss, opss, excuse me! Tumpang lalu ye... erk... maaf mak cik... erk akak! Hehe," Terkocoh-kocoh dia meloloskan dirinya di celah-celah orang yang sudah mula membanjiri majlis perkahwinan itu. Dia sepatutnya menjadi pengapit kawannya, mujur sempat sampai! Kalau terlambat mahu kena ban friendship mereka selama 15 tahun tu!
Pintu kayu jati dikuak perlahan, takut menganggu tetamu istimewa di dalam yang tengah bersiap.Now dah pukul 11 pagi, sepatutnya dah readylah. Pagi tadi dia dah nikah, tapi buat antara familysahaja. Kebetulan dia sendiri tak dapat nak hadir pagi tu, so mampu hadir sebagai pengapit bertauliah sahaja.
Pandangan mata kedua sahabat itu bertaut. Tersengih-sengih dia memandang keayuan wajah pengantin pada hari ini. Penat berbaur dengan perasaan serba salah sebab tak dapat datang nikah si Anisa pagi tadi. Anisa menjeling manja, saja nak balas dendam!
"Anisa, sorry lah tadi aku memang tak sempat nak sampai. Ni dari KLIA tau aku berkejar datang ke majlis sanding ko! Straight dari Terengganu," Nady cuba meraih simpati. Sekejap saja seulas senyuman mekar di bibir mulus teman baiknya itu.
"Aku saja je nak merajuk dengan ko. Aku faham," Anisa segera merapati Nady dan mereka bersalaman dan berpelukan. Dalam setahun juga mereka tak berjumpa. Sibuk dengan tanggungjawab dan karier masing-masing.
"Ko sorang je? Mana mak andam?" tanya Nady sambil merenung ke segenap ruang bilik Anisa. Kini, bilik Anisa terhias indah sebagai bilik raja sehari. Warna pilihan hati Anisa ialah putih dangold. Memang dewi kayangan sangat.
"Aku tak perlukan mak andam. Solek simple je."
"Eh? Kan lebih cantik kalau bersolek lebih sikit? Sekali sekala Anisa oi," sampuk Nady.
"Tabarruj kan tu?" Anisa tersenyum manis. Semanis kurma madu gitu. "Sebenarnya, tak baik bersolek lebih-lebih dan berpakaian sehingga menarik perhatian orang. Bermewah-mewah dalam perkahwinan pun, tak digalakkan dalam Islam, betul tak Nady?"
"Er... tabarruj... betul juga kata ko. Aku tak terfikir pulak. Em, kalau sehari je takkan tak boleh?" Nady memandang wajah mulus Anisa. Anisa memang natural beauty. Wajahnya bukanlah Pan Asian, tapi keayuannya terserlah dengan kelembutan semula jadi dalam dirinya. Tak make uptebal, sebenarnya Anisa dah manis dipandang. Sekadar memakai sedikit celak, lip gloss dan bedak di pipi supaya nampak lebih segar.
Anisa tersenyum lagi. Ai, memang murah betul dengan senyuman si Nisa hari ni. Hari kebahagiaan mungkin? getus hati kecil Nady.

"Tabarruj haram. Tiada pengecualian. Aku berharap sangat perkahwinan kami ni dirahmati Allah dan live happily ever after. Ini pun majlis sanding, bukanlah sanding pun, cuma untuk makan-makan nak kabo kitorang dah kahwin. Pelamin tu buat pun untuk korang bergambar," jelas Anisa sambil membetulkan baju kurungnya yang berwarna cream itu. Simple sangat! Cuma baju kurungnya jenis embroidery tapi tak terlalu menonjol. Baju nikah pagi tadi juga, cuma dia menambah veil berwarna keemasan perak di atas kepalanya untuk memberi sedikit kelainan.
"Eh, tak de makan beradab dan photoshoot ke?" Nady mengetap bibirnya. Takkan sempoi sangat! Tak best lah beb.
"Makan beradab...ada. Cuma aku request photographer perempuan. Ambil gambar untuk kenang-kenangan aje. Memang plan dengan Zafran nak buat sederhana je," tambah Anisa.
Nady terdiam. First time dia terdengar pasal photographer perempuan. Bukannya tak ada, tapi selalunya wedding ni, photographer lelaki yang diupah. Jaranglah kalau photographer perempuan tu.  Eh, memang tak ada kot sepanjang aku pergi wedding kawan-kawan lain. Semuanyaphotographer lelaki yang shoot gambar.
"Nisa, meh aku tolong pinkan veil ko ni. Macam senget sikit," pelawa Nady apabila melihat Anisa terkial-kial cuba mencucuk pin di tudungnya supaya veilnya tidak jatuh nanti.
"Nady, aku ada terbaca dulu. Masa tu aku jahil lagi. Pasal isu ambil gambar wedding olehphotographer lelaki. Actually nak ambil gambar untuk simpanan diri, dibolehkan. Kalau untuk tatapan umum, jadi haram. Sebabnya jatuh haram tu apabila aksi-aksi pasangan tu sangat mesra, berpelukan dan segala bagai di depan photographer lelaki. Ada yang duduk atas riba suami, meniarap sama-sama, lepas tu yang shoot gambar tu, lelaki. Aksi tu, sepatutnya lebih sopan dan terjaga. Mungkin orang akan cakap skema....tapi ni agama dah gariskan. Sebab tu untuk selamat, aku ambil photographer perempuan. Lagi pun, pilihan untuk hire photographerperempuan tu ada, dan bergambar bukanlah suatu yang wajib, kita pon bukannya darurat nak guna photographer lelaki," cerita Anisa panjang lebar. Nady ketap bibir. "Aku kongsi apa yang aku tahu, Nady. Harap kau faham."
"Eh, tak de apalah. Aku faham. Apa yang ko cakap tu, really make sense. Mungkin sekarang ni trend menguasai segalanya. Trend mengatasi hukum hakam agama. Bagus juga ko dapat praktikkan dalam perkahwinan ko," jawab Nady dengan perlahan. Dia terfikirkan tunangnya, seorang part time photographer.
"Dah okay ke veil aku tu?" tanya Anisa sambil memandang wajah Nady melalui cermin muka. Termenung pula cik akak ni. Mesti teringatkan tunang dia. Tapi, benda betul aku kena kongsi secara berkias.
"Veil ko dah kemas dah."
"Terima kasih. Cantik ko buat," puji Anisa sambil mencubit pipi Nady. "Termenung ya. Jangan risau. Slow talk boleh, insya-Allah."
Nady mencebik. Uish, minah ni bukan cubit manja. Kuat juga cubitan dia. Terasa geli hatinya, Anisa seakan-akan dapat membaca isi hatinya.
"Anisa, secara jujur aku suka tengok perkahwinan ko ni. Sederhana sangat. Simple dan ...honestly tak de la macam raja sehari tapi masih nampak meriah dengan sanak saudara ko yang happening tu. Aku tengok baju ko pun, cantik tapi so simple! Memang cut cost abes ek??" usik Nady sambil tergelak.
"Amboi mulut. Aha kitorang tengah budget la juga ni. Ni baju wedding mak aku. Cantik lagi kan. Hehe recycle jek."
Tok! Tok!
"Siapa?" tanya Anisa.
"Abang ni."
Anisa memandang Nady. Dia bingkas bangun untuk membuka pintu untuk suaminya.
"Sorry kacau Nisa dengan kawan. Dah ready ke? Jap lagi dah boleh keluar. Terus makan beradab," ujar suami Anisa. Lelaki itu mengangkat tangan pada Nady sebagai tanda 'hai, selamat berkenalan'. Nady menganggukkan kepalanya.

"Oh cepatnye. Tak sedar lak masa. Thanks abang tolong remind Nisa. Kejap lagi Nisa keluar dengan kawan ya. Oh Nady, kenalkan my husband, Zafran Zaki. Abang, kawan Nisa sincesekolah rendah ni, Nadiah, boleh panggil Nady."
"Assalamualaikum Nady. Terima kasih selama ni tolong jaga Nisa untuk saya," ucap Zafran Zaki sambil tersenyum.
"Err waalaikumussalam. Hehe, no hal. Dulu dia ni nakal tau. Sekarang aje sopan santun penuh tatasusila. Mungkin lepas jumpa En. Zafran kot," balas Nady. Gagap kejap dia mendengar salam daripada suami Anisa ni. Fuh, tawaduk habis gaya!
"Banyaklah tatasusila! Bang, kejap lagi kita orang keluar ek," Anisa mencelah. Zafran Zaki sekadar mengangguk sambil menunjukkan thumbs up kepada isterinya. Kemudian, dia beredar keluar.
"Eh?? Tak de kompang ke, berarak ke?" soal Nady. Macam habis pelik wedding ini! Itu dan ini tak ada! Eh, jaga ayat ko.
Anisa menggeleng. Gelengan Anisa tu sudah cukup untuk menjelaskan persoalan di hati Nady. Nak kata kagum, entahlah. Nak kata rugi, tak juga. Sebab siapa dia nak judge Anisa. Allah Maha Mengetahui segalanya.
"Minta maaflah wedding aku biasa je Nady. Tak meriah sangat, tak de kompang, karaoke ke apa," ujar Anisa, merendah diri.
"Anisa, it's okay. Cuma aku terkedu kejaplah. Aku macam...wow. Ko betul-betul buat apa yang ko cakap. I mean, good for you. Honestly. Aku doakan wedding ko dirahmati dan diredhai Allah, Nisa. Aku nak sangat tengok ko happy. Bukan senang ko nak jumpa seorang lelaki yang betul-betul ikhlas, kan?" kata Nady sambil memegang bahu Anisa. Hatinya cukup tersentuh dengan kata-kata sahabatnya tadi. Bukan dia nak memperlekehkan. Cuma, culture shock man! Mungkin tahap pendedahannya dalam ilmu agama sangat sangat nipis. Ada certain benda yang Anisa sebut tadi, dia tak pernah tahu.
"Terima kasih ko share dengan aku....ilmu yang bermakna ni. I'll keep it in my mind for my wedding."
"Em, Nady. Terima kasih datang. Sebenarnya tak senang aku dan Zafran untuk yakinkan mak Zafran nak buat wedding simple camni. Kalau ikutkan mak Zafran, dia nak buat grand habis. Sebab Zafrankan anak bongsu lelaki dia sorang aje. Sebenarnya, ni pun idea Zafran juga. Dia berkeras nak buat simple camni. Aku pun, syukur."
"Alhamdulillah. Semoga perkahwinan ko diberkati. Eh jom kita keluar. Tak pasal En. Zafran ko tu kebuluran pulak." Nady menarik Anisa ke muka pintu. Baju dah cantik, muka dah cun, cuma perut aje perlu diisi. Mari!
"Aku tahu, ko bab makan nombor satu. Don't worry, aku dah ready nasik putih untuk ko. Ko kan tak suka makan nasi minyak." Anisa ketawa. Nady mencebik, tetapi hatinya berbunga riang kerana sahabat lamanya masih mengingati makanan allergiknya itu.
Anisa, ku doakan kau bahagia!
Ai~ bila encik tunang nak ajak kahwin ni??

Posted by ieqa at 22:20 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 17 June 2012

HATI KATA SAYANG ~


                                                       ASSALAMUALAIKUM ~
eh ? haii- lme rsenye tak blonging ! busy lahh . hee ..urmm..actually , sebelom nak balik ni , ada benda yang aku nak share kat sini .firstly , aku nak cakap soal HATI DAN PERASAAN aku ne .
ok ..im admited memang dulu kita rapat kan , but now masing2 dah busy .but im still remember all of my BFF .tapi , seriously , aku sedih dengan kau sekarang ne . kau dah tak macam dulu . ok tak pe . forget it !!
HAHA..almaklomlahh ..dulu memang hati kata tak suka kan .tapi sekarangsemunya lain .=)
aku tak nak tipu diri aku sendiri , aku nak jujur ngn kau bhwasenya dulu aku memang tak perasaan ape2 dengan kau ..as usually as friend ! sakit bila aku tak luahkan , tapi lebih sakit rasanya kalau aku luahkan kau buat2 tak faham . encik A , maaf , bukan aku nak mempermainkan hati dan perasaan orang ..tapi ..hati ne lah raja segala kerajaan tubuh kita . jadi , aku harapkan kau dapat baca apa yang aku tulis sekarang dan harap sangat encik A faham .yup , aku tau memang kau takkan suka dengan semua yang aku tulis ne , tapi bukan kau je , sdangkan aku sendiri tak suka , btw , aku dah cakap tadikan aku tak nak tipu diri aku .
hurmm..terima kasih kalau kau dah dengar , dan kalau kau tak suka jangan ingat apa yang aku luahkan ni ye .actually , aku tak tahu kenapa hati aku brubah dari aku bnci kau then skrang .....???
okey lahh ..mungkin ini je kod ..ASSALAMUALAIKUM..=(
Posted by ieqa at 01:17 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)


yaALLAH !berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik tuhan yang menyucikan..
script> document.write(unescape("%20%20%20%20%3Ca%20href%3D%22 http%3A//www.thecutestblogontheblock.com%22%20target%3D%22blank%22%3E%3Cimg%20 src%3D%22http%3A//www.thecutestblogontheblock.com/images/rsgallery/original/this-moment-blinkie.gif %22%20border%3D%220%22%20/%3E%3C/a%3E"));

love them soo muchh !

love them soo muchh !

my familyyy my everything .support on me . peacee !

my familyyy my everything .support on me . peacee !

abang long (mubin)

abang long (mubin)
Nano Unicorn

Blog Archive

OWNERS !

Zieqa Azhar

Create Your Badge

ummil atiqah !

ummil atiqah !
walaupun kadang menyakitkan but she still my closedfriend -,moga prsahabatan kte drahmatiNya!

serasi bersama <3

sayangg korangg !

sayangg korangg !
si comel molek .HAHA

sarah hajar & munirah -

sarah hajar & munirah -
ne adlah sahabat tertawaku !..ehehe

aku ingin persahabatan ini kekal kerana Allah taala .in shaa Allah :)

aku ingin persahabatan ini kekal kerana Allah taala .in shaa Allah :)
susah senang kita tempuh bersama !

she is siti nabilah binti zaini :)

she is siti nabilah binti zaini :)

about CIK ZIEQA !

My photo
ieqa
melaka
H A Z I Q A H = ordinary people , speak, love to laugh, like to eat. and many more. but, there is one thing I do not like, ie .. I doN'T like people who do not like me. sorry, this is me. I really like this. In any event, Posted fraternity and - =)
View my complete profile

adik-adikku

adik-adikku

CREATED OF BLOGGER

https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/salmon.js
window.onscroll=set_scroll; function set_scroll() { if (typeof(self.pageYOffset)=="number") { sdown=self.pageYOffset; sleft=self.pageXOffset;

Total Pageviews


zieQa azhar. Watermark theme. Theme images by dino4. Powered by Blogger.